UCAPAN PENGETUA
Kata-kata Aluan
Pengetua SMK Bandar Mas

Assalamualaikum wbt

Terlebih dahulu diucapkan ribuan terima kasih kerana diberi ruangan bagi saya untuk memperkatakan sesuatu bagi mewakili pihak pentadbiran sekolah yang kami rasa bangga kerana sekolah ini dapat menyediakan laman webnya sendiri.

Di zaman yang serba canggih, pesat membangun, sekolah juga tidak ketinggalan mengikuti perkembangan ICT ini, malah dengan usaha gigih kementerian Pelajaran Malaysia telah diadakan Makmal Komputer yang serba lengkap dan canggih untuk guru dan pelajar lebih minat dan cenderung dalam pengajaran dan pembelajaran.

SMK Bandar Mas adalah sebuah sekolah luar bandar yang terletak 40 KM daripada Kota Tinggi. Apalah keistimewaan sekolah yang ketara bagi pengetahuan kita jauh nun dari bandar. Namun dengan adanya Laman Web ini akan dapat lagi memberi maklumat, perkembangan dan mengiratkan silatur rahim dengan bekas-bekas pelajar SMK Bandar Mas.

Sekian, Terima Kasih

 
PN. SARILAH BT. NGADINO
PENGETUA
SMK BANDAR MAS

 


Laman Utama