![]() |
SEJARAH SEKOLAH
SMK BANDAR MAS
LATAR BELAKANG SEKOLAH
SMK Bandar Mas dibina di kawasan seluas 30 ekar. Terletak 40 km dari bandar Kota Tinggi Johor ke arah Desaru. Mula ditubuhkan sebagai cawangan SM Air Tawar pada tahun 1981. Mempunyai pentadbiran sendiri pada tahun 1983. Mulanya mengandungi 4 blok bangunan 2 tingkat, mengandungi 18 bilik darjah, 5 makmal sains, bilik ERT dan pejabat pentadbiran. Terdapat juga sebuah bangunan Seni Perusahaan. Pengetua yang pertama ialah En Ahmad bin Md Noor.
Di awal penubuhan pada tahun 1981, hanya terdapat pelajar tingkatan satu seramai 200 orang dengan 8 orang guru. Pada tahun 1983 bilangan ini bertambah kepada 649 orang dengan 27 orang guru. 99% pelajarnya ketika itu terdiri daripada pelajar bumiputera dari Felda Sg Mas, Felda Papan Timur, Felda Air Tawar 5, Felda Air Tawar 4, Felda Semenchu, Felda Lok Heng, Bandar Mas dan Bandar Penawar. Pada tahun 1983, satu blok bangunan pasang siap didirikan untuk menampung 6 bilik darjah. Bekalan tenaga elektrik mula diperolehi pada tahun 1984 dan seterusnya diikuti oleh bekalan air dan perhubungan telefon. Pada tahun 1987, jumlah pelajarnya meningkat kepada 2528 pelajar dengan 60 kelas. Ini menyebabkan penambahan 2 blok bangunan yang menyediakan 8 bilik darjah dibina secara gotong royong.
Kumpulan pertama pelajar menduduki peperiksaan SRP ialah pada tahun 1983. Pada tahun 1986, 7 kelas Tingkatan 4 Sastera telah diwujudkan dan diikuti dengan tingkatan 4 Sains pada tahun 1988. Selaras dengan perkembangan KBSM, maka pada tahun 1992, satu blok bangunan 3 tingkat mengandungi 10 bilik darjah dan 3 makmal sains tulen telah dibina. Pada tahun 1992 ini juga tingkatan 6 sastera telah dibuka.
Sekolah ini juga dilengkapi dengan sebuah surau yang dibina pada tahun 1987 dan dibesarkan pada tahun 1997 untuk menampung 500 jemaah pada satu-satu masa. Perpustakaan dibina pada tahun 1990 yang boleh memuatkan 250 pelajar. Koperasi sekolah pula ditubuhkan pada tahun 1989.
Pada tahun 1996, 2 blok rumah guru mengandungi 4 unit rumah telah siap dibina dan pembinaan ini diteruskan secara berperingkat-peringkat sehingga menjadi 8 unit. Mulai tahun 1999, 2 bangunan 3 tingkat ditambah yang telah siap sepenuhnya penghujung tahun 2001. Dengan bertambahnya bangunan ini, SMK Bandar Mas telah memulakan persekolahan 1 sesi awal tahun 2002. |
![]() |