Assalamualaikum wbh

 

Terima kasih di atas kesudian anda melayari ke laman Web Pertina (SMKBM).Di dalam laman web ini kami berkesempatan menyediakan beberapa maklumat penting berkaitan Persatuan Tingkatan Enam (PERTINA) dari Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Mas (SMKBM).Untuk pengetahuan anda , cadangan untuk mewujudkan laman web ini telah lama diutaraka oleh Tn. Hj.Hussin bin Hj.Ismail tetapi pelaksanaannya tergendala atas sebab-sebab tertentu.Alhamdillah, akhirnya hasrat penubuhan laman web ini dapat diteruskan atas komitmen yang diberikan oleh guru-guru pembimbing dan peserta laman web PERTINA sendiri.

 

Penubuhan laman web ini juga sedikit sebanyak memberikan peluang kepada peserta untuk menceburkan diri dengan aktiviti luar yang berfaedah.Pelajar juga didedahkan dengan penggunaan komputer dengan cara yang betul.

Tingkatan Enam merupakan keperluan para pelajar di kawasan luar bandar,untuk menjimatkan kos perbelanjaan  untuk melanjutkan pembelajaran. Dengan kerjasama dan komitmen yang dimainkan oleh Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG), Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Mas (Tn.Hj.Hussin Bin Hj.Ismail-1992-1994) hasrat untuk mewujudkan  Tingkatan Enam telah berjaya dilaksanakan. Bertitik -tolak daripada hasrat murni itu, sekolah ini menjadi sekolah yang diiktiraf sebagai sekolah utama-Gred A kerana pertambahan bilangan pelajar melebihi 800 orang pelajar termasuk Tingkatan Enam pada tahun tersebut.

Selaras dengan matlamat pendidikan negara melahirkan lebih ramai pelajar yang berilmu daripada luar bandar,maka usaha untuk merealisasikan impian itu diteruskan. Memandangkan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Mas terletak di tengah-tengah Daerah Kota Tinggi, ini memberikan kemudahan kepada para pelajar Tingkatan Enam berulang-alik dari rumah ke sekolah. Pelajar Tingkatan Enam di SMKBM juga datang dari Sekolah Menengah Kebangsaan Semenchu,Sekolah Menengah Kebangsaan Lokman Hakim,Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Penawar, Sekolah Menengah Kebangsaan Teknik dan pelajar yang berhijrah ke daerah kota Tinggi.

Tingkatan Enam di SMKBM ditawarkan dengan tujuh subjek pilihan iaitu Ekonomi, Pengajian Am, Pengajian Perniagaan, Sejarah, Bahasa Melayu, Geografi, dan Seni Visual dalam aliran Sastera. Pelajar Tingkatan  Enam di sini amat bertuah kerana dibekalkan dengan tenaga pengajar yang berpengalaman yang dapat membantu para pelajar mencapai kecemerlangan mereka di peringkat STPM dengan jayanya. Selain daripada itu, para pelajar juga menerima kemudahan dari segi perabot yang mencukupi, kelas yang selesa dan bahan rujukan daripada  perpustakaan yang disediakan. Pelajar Tingkatan Enam digalakkan menyertai pelbagai aktiviti sekolah kerana dengan penyertaan ini mereka dapat mempelajari ilmu-ilmu kepimpinan dan mengeratkan hubungan antara guru-guru, pelajar-pelajar menengah rendah dan menengah atas dengan pelajar Tingkatan Enam. Keutamaan juga diberikan kepada pelajar Tingkatan Enam dalam menerajui kepimpinan dalam sesebuah organisasi sama ada dalam kelab dan persatuan atau dalam unit beruniform. Ini bertujuan mencungkil bakat di samping membina semangat mereka untuk lebih cemerlang dalam akademik dan kepimpinan. Atas tujuan itu jugalah sekolah ini menubuhkan Persatuan Tingkatan Enam (PERTINA) yang berperanan membantu ahli-ahlinya meningkatkan daya kreativiti serta kepimpinan demi kemajuan warga sekolah SMKBM.


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Laman Utama