- Mewujudkan ciri-ciri kepimpinan di kalangan pelajar Tingkatan Enam.
- Mewujudkan kesedaran bahawa pelajar Tingkatan Enam perlu menubuhkan sebuah persatuan yang boleh diteladani dan dicontohi.
- Mewujudkan dan menimbulkan satu identiti khusus pelajar Tingkatan Enam sebagai pelajar Pra-universiti yang lebih matang daripada pelajar-pelajar lain.
- Sebagai wadah kepada pelajar Tingkatan Enam untuk bekerjasama meningkatkan prestasi STPM melalui aktiviti akademiknya.
- Keperluan membentuk aktiviti kokurikulum yang bersesuaian dengan tahap pelajar Tingkatan Enam.
- Sebagai pembantu dalam penyelarasan aktiviti-aktiviti utama sekolah seperti sambutan Maulidur Rasul, Hari Guru dan Hari Patriotik.
- Sebagai saluran rasmi untuk berhubung dan menjalin silaturrahim dengan pelajar-pelajar Tingkatan Enam sekolah lain melalui aktiviti yang telah ditetapkan.
|