LENCANA

Lencana SMK Bandar Mas telah direka oleh En. Ismail bin Johari, Pengetua SMK Air Tawar pada tahun 1982. (pada ketika itu SMK Bandar Mas adalah cawangan SMK Air Tawar ). Beliau dibantu oleh En. Muhammad bin Saad dan Pn. Arbainah bt. Masod untuk menghasilkan lambang sekolah yang dihargai ini.

Warna kuning menggambarkan semangat kewarganegaraan yang utuh ( cintakan Raja dan Negara).

Warna hijau melambangkankan kesucian Islam, keindahan serta kemakmuran.

Di bahagian atas tertinta cogan kata "Berilmu Berbakti" dalam tulisan rumi. Kedua-dua bentuk tulisan dirakamkan sebagai lambang pemupukan kebudayaan kebangsaan agar terus berkekalan.

Bahagian bawah terpahat padu nama sekolah : Sekolah Menengah Bandar Mas. Melahirkan insan beriman, berilmu dan setia pada negara, itulah cita-cita dan matlamat akhir sekolah ini.

 


Kembali